Sabiamad Abdul Ahad

Datuk Haji Sabiamad Abdul Ahad PMW AMN (20 Mac 1956 – 10 April 2021) ialah ahli sukan menembak dari Malaysia. Sabiamad dilahirkan di Muar, Johor, ialah johan serta pemegang rekod menembak kebangsaan bagi acara Standard Pistol dan Free Pistol.[1][2]Beliau telah mwnguasai acara Air Pistol di peringkat Asia Tenggara selain acara Central Pistol, Rapid Pistol dand Standard Pistol. Antara pencapaiannya ialah memenangi pingat emas bagi acara 50m pistol lelaki di Sukan SEA 1983 Singapura dan acara free pistol lelaki di Sukan SEA 1987 Jakarta. Beliau juga telah menyertai serta menjadi pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik 1984 Los Angeles, United States.[3][4]Selepas peraraannya daripada sukan profesional menembak pada 1990, beliau terus menyumbang bakti dan kepakaran selaku jurulatih dan pengurus pasukan menembak negara dalam beberapa temasya seperti Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan SEA 2017 di Singapura and Sukan Olimpik 2016 di Rio. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).[5]

Sabiamad Abdul Ahad

Lahir (1956-03-20)20 Mac 1956
Muar, Johor, Malaysia
Meninggal 10 April 2021(2021-04-10) (umur 65)
Hospital Serdang, Selangor
Kewarganegaraan  Malaysia
Berat badan 68 kg (150 lb)
Tempat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor
Ketinggian 1.68 m (5 ka 6 in)
Sukan Menembak

Rujukan

WikiPedia: Sabiamad Abdul Ahad http://www.mysinchew.com/node/52576 http://www.istiadat.gov.my/semakan-penerima-darjah... https://www.facebook.com/johorshootingassociation/... https://www.facebook.com/sabiamad.ahad https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.sports-reference.com/olympics/athletes... https://utusantv.com/2021/04/11/sabiamad/ https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/04... https://www.klik.com.my/item/story/5399352/sabiama... https://www.mstar.com.my/sukan/2011/02/02/santokh-...